Bengkel Usahawan Egg & Cheese Tart
3 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 September 2018, Pusat Internet PPR Batu Gong dan Pusat Internet Kg Quop telah mengadakan Kursus Usahawan Egg dan Cheese Tart. Bengkel usahawan bakeri ini dijalankan untuk memberi peluang dan latihan kepada usahawan bakeri dan bakal usahawan yang berminat dalam bidang pastry (egg & cheese tart) bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan mereka sekali gus menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam proses pembuatan pastri. Program ini menampilkan tenaga pengajar dari Tuty Bakeri, serian. Seramai 8 orang peserta berjaya mengikuti program pada kali ini. Diharapkan program ini dapat membantu para usahawan dan bakal usahawan pada masa akan datang
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri program yang di berikan:
1. Para peserta dapat menimba ilmu baru dalam pastri (egg & cheese tart)
2. Para peserta juga dapat menambah pendapatan sampingan
3. Para peserta diberi peluang menjadi usahawan yang berjaya
4. Para peserta diberikan ilmu yang senang dipelajari untuk ditimba dan di buat untuk mencari duit pendapatan sampingan
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program di jalankan:
1. Teknik-teknik untuk pembuatan shell bagi tart dengan cara yang betul
2. Teknik-teknik melakar di atas tart untuk menjadi lebih kreatif dan menarik
3. Peserta di dedahkan dengan bahan-bahan yang perlu ada di dalam resepi untuk tart menjadi tahan lama
4. Peserta di berikan peluang untuk menguli dan membuat shell untuk tart dengan resepi yang diberikan oleh tenaga pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: